Dari Diari Arahmyad

Assalam'alaykum w.b.t.
Hai semua!

Sebermula ingin terkata,
seorang perindu telah meluah rindunya pada karyaku hingga buatku terharu. Lantas kucuba menggali benak fikir, namun tetap sukar terhasil hasil karya. Akhirnya terilham olehku datang dari Ilahi yang Maha Esa, untuk melakar idea dalam kitabun catatan yang ada terwujud sekian lama sebuah sebagai jurnal untuk ku jotdaunkan kehidupan profesional kehidupanku. Hal ini demikian kerana, roh penulisanku seringkali menggila tatkala bermediakan jarijemariku ini ketika memegang pena dan pensil, dan beza pula pada jari-jemari ketika mengetuk papan kunci.


Hatta, "Dari Diari Arahmyad" dimana karya-karya terpilih dari jurnal/diari kehidupan aku akan terpampang disini, untuk tatapan semua.

Silakan diri memilih tajuk Dari Diari Arahmyad untuk ditatap..
 



Dan adakah ini yang ku catit bergunakan tinta,
Kugubahterjemah ke gerbang maya jadinya,
Dari tinta atas papyrus kembara kepada ketukan jari ke papan kekunci,
Maka terhasillah karya meluah oleh Sang Jauhar Arjuna,
Dari Diari Arahmyad....
Peace Out,
Arahmyad ☮